Asal-usul nama
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan
"Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Pada
suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah
burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu
merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan
Kawi, tulisan yang digunakan oleh
masyarakat tradisi Hindu Jawa.
Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang
terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas
Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa
Sanskrit ialah guli, yang mana ia
ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan,
ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam
buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang
mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka"
(keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Geografi
Peta Langkawi dan sekitarnya
Langkawi terletak di utara Selat
Melaka di selatan Laut
Andaman berhampiran sempadan antara
Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah
Gunung
Raya, yang mencapai ketinggian
890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang
merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu
persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Sejarah
Kurun ke-15, nama
Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh
Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
Kurun ke-16, pulau terpencil
ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura,
dan Langapura.
1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan
buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air
bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan
teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
Pulau Langkawi menjadi milik
Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909.
Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam
menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan
antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry
Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain
tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909
Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada
Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian
Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah
seperti berikut:
"Pulau yang dikenali
sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah
di antara Pulau Terutau dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi
akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke
utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti
Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7
Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.
![]() |
No comments:
Post a Comment