Mahsuri
binti Pandak Maya
merupakan seorang gadis kelahiran Pulau
Langkawi. Beliau dilahirkan
oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di
Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan
dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Kehidupan
Menurut
anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal
Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah
ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Fitnah
Ketika
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan
Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri
hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi
sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah).
Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika
waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan
beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk
Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk
mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas
sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa
mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus
pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika
itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan
ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat
menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya
dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa
senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata
terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana
persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak
menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah
dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak
padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Sumpahan Mahsuri
Seminggu
selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah
gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang
isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam.
Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Penutup Sumpahan
Sebelum
1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau
lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada
siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari
sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam,
yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat
pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau
itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan
menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Telaga Mahsuri terletak tidak berapa jauh dari makamnya. Air
telaga ini telah digunakan untuk mandi dan mencuci semasa Mahsuri lahir ke
dunia. Telaga ini telah digunakan hingga ke akhir hayatnya dan juga
telah digunakan untuk memandikan jenazah Mahsuri.
ANALISIS SAJAK "MAHSURI" (THE LEGEND OF LANGKAWI ISLAND)
Puisi nukilan Zurinah Hassan
yang ditulis pada tahun 2007 ini dimuatkan semula dalam antologi Harga Remaja
pada halaman 21 hingga 22. Bahagian pertama sajak mengandungi 16 baris
ungkapan, manakala bahagian kedua terdiri daripada 11 baris sahaja. Bahagian
pertama bertumpu kepada kisah Mahsuri berdasarkan penceritaan secara lisan
zaman-berzaman, sedangkan bahagian kedua tentang peranan ahli sastera
(sasterawan) menghidupkan cerita Mahsuri yang tidak dapat dipastikan secara
muktamad.
(1)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.
Gambaran tentang sumpah
Mahsuri terhadap pulau Langkawi selama tujuh keturunan sebagai padang jarak
padang tekukur telah diungkapkan semula dalam bahagian pertama sajak.
Segala unsur alam seperti pantai, ombak, laut, telaga dan tanjung dikaitkan
dengan kisah cinta Mahsuri yang tidak kesampaian, serta berakhir dengan tragis.
Ombak pagi ialah lambang kesetiaan Mahsuri, telaga tujuh ialah lambang air mata
Mahsuri, dan tujuh tanjung pula melambangkan dendam tujuh keturunan yang
disimbah dengan darah Mahsuri yang berwarna putih.
Walaupun dendam dan sumpah
bukanlah perkara yang baik, namun penyajak menyimpulkan bahawa sumpah itulah
yang telah menghidupkan Langkawi sepertimana kemasyhurannya di segenap penjuru
alam ketika ini. Barang diingat bahawa Langkawi telah disenaraikan sebagai
antara 10 buah pulau tercantik di dunia, dan sebagai salah satu taman geologi /
kaji bumi (geopark) yang telah diwartakan di bawah pengawasan Pertubuhan
Bangsa Bersatu. Kebenaran cerita sumpahan Mahsuri mungkin sekali hanya bertaraf
legenda, tetapi cerita berkenaan telah "dijual" sebagai daya tarikan
kepada pelancongseluruhdunia.
(2)
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
Diahanya bermula dengan khayalan seorang seniman
Pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup
dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini
Mahsuri membesarkan Langkawi
Sastera membesarkan tanah air.
Pendapat yang mengatakan Mahsuri tidak pernah wujud (dalam dunia sebenar) mendakwa bahawa Mahsuri bermula dengan khayalan seorang seniman. Dalam konteks sastera lama yang berteraskan sumber lisan, dongeng atau mitos (myth) dan legenda, perkara seperti itu tidaklah pelik. Teknologi media cetak dan elektronik belum dimajukan sebagai saluran pelariantekanankerja,atauhiburansantai.
Pendapat yang mengatakan Mahsuri pernah hidup pula mendakwa cerita tentang Mahsuri telah dilebih-lebihkan oleh bahasa seorang pencerita. Dalam kata lain, gambaran tentang kehidupan Mahsuri dibuat secara berlebihan oleh seniman atau ahli sastera lama. Namun, gambaran berlebihan demikianlah yang menjadikan Langkawi begitu masyhur dan dikenali.
Dua baris akhir sajak merupakan kesimpulan kepada kedua-dua bahagian. Kisah legenda Mahsuri menjadikan Langkawi begitu besar. Keadaan itu menunjukkan bahawa medium sastera juga mampu menjadikan negara juga besar.
No comments:
Post a Comment